Adik saya, Siti Aishah baru berumur 23 tahun dan mula bekerja sejak awal January 2013 yang lalu. Tengahari tadi (4/2/2013) buat pertama kalinya beliau ingin pulang kerumah untuk makan tengahari di flat Sri Johor Cheras yang terletak tidak jauh dari klinik tempat beliau bertugas di Cheras.
Menunggang motorsikal bersendirian lengkap dengan topi keledar, lesen memandu, insurans dan cukai jalan yang sah, beliau telah dilanggar pada jam lebih kurang 12.30pm oleh sebuah lori 5 tan dan telah digilis oleh lori tersebut diatas badan sebelah kanan beliau serta diseret yang mana selepas itu lori tersebut telah terus melarikan diri tanpa mahu membantu adik saya yang sedang terbaring diatas jalan raya.
Tetapi Syukur alhamdulillah beberapa saksi telah menolong , menelefonkan ambulan , dan sekarang berada dihospital , keadaannya memang teruk. kalau dapat pemandu lori yang lari mahu saja aku terajang muka dia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan