Terima Kasih Kerana Mengunjungi Blog Remykaizer !!!
Memaparkan catatan dengan label Peristiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peristiwa. Papar semua catatan

Rabu, 14 Januari 2015

Kemalangan Kereta Di Cheras


Crv Honda


Myvi S.E




Kejadian ini berlaku pada pukul 09.10 pagi dimana sy dan isteri memulakan perjalanan ke pejabat tiba - tiba sebuah Myvi S.E telah melanggar dari arah belakang dengan begitu kuat , sy pun keluar melihat seorang perempuan memandu dengan penuh ketakutan dan saya bertanya cik ok ker ? dia menjawab , sorry bang sy dah berhenti tapi kereta  belakang yg laju . 

Takpe dik abg tahu adik berhenti , bila aku mendekati Crv Honda yg melanggar myvi S.E kelihatan seorang mamat muda keluar dlm keadaan terhuyung hayang , dan mamat itu bersuara , tadi masuk simpang tak bagi signal ker ? Dengan nada marah aku maki mamat tu , nak bagi signal apa jalan lurus bukan ada simpang pun , lagipun depan trafic light merah patut berhenti you yang lajukan kereta.

Dipendekkan citer Aku dan isteri membuat laporan polis dan claim atas insurane budak yg langgar kereta aku tu , sekarang kereta kat bengkel....

kesudahannya naik L,R.T pulang ke rumah terus cuti hilang mood kerja.

Ahad, 26 Mei 2013

Bawa Anak Ke Perpustakaan & Banjir K.L


Hai nama saya rizqi handsome tak saya ?


Yang ni botol air saya , papa saya yang belikan.


Senang nak bawa kemana-mana


Bila saya haus , saya minumlah.


Kesian papa saya , terpaksa redah banjir


Tengoklah tu , banjir lumpur pulak


Hampir setengah jam kami disitu.


Patutlah banjir , ini rupanya penyebabnya.


Sesak oh sesak

Selasa, 12 Februari 2013

Adik Iparku Semakin Pulih



Syukur Alhamdulillah dengan berkat kesabaran serta doa keluarga , adik iparku makin hari semakin pulih. syukur sangat.




Isnin, 4 Februari 2013

Adik Iparku Kemalangan


Adik saya, Siti Aishah baru berumur 23 tahun dan mula bekerja sejak awal January 2013 yang lalu. Tengahari tadi (4/2/2013) buat pertama kalinya beliau ingin pulang kerumah untuk makan tengahari di flat Sri Johor Cheras yang terletak tidak jauh dari klinik tempat beliau bertugas di Cheras.

Menunggang motorsikal bersendirian lengkap dengan topi keledar, lesen memandu, insurans dan cukai jalan yang sah, beliau telah dilanggar pada jam lebih kurang 12.30pm oleh sebuah lori 5 tan dan telah digilis oleh lori tersebut diatas badan sebelah kanan beliau serta diseret yang mana selepas itu lori tersebut telah terus melarikan diri tanpa mahu membantu adik saya yang sedang terbaring diatas jalan raya. 

Tetapi Syukur alhamdulillah beberapa saksi telah menolong , menelefonkan ambulan , dan sekarang berada dihospital , keadaannya memang teruk. kalau dapat pemandu lori yang lari mahu saja aku terajang muka dia.


Ahad, 5 Ogos 2012

Melawat Bapa Mertua Di Hukm


Alhamdulillah...
syukur pd Allah..
abah beransur pulih dan makin sihat...

Rabu, 28 Mac 2012

Touch & Ngo L.R.T Telan Duit Aku ?



Awal Pagi Lagi Aku Refill RM 20.00 Sebab Balance Tinggal 5.10 Takut Tak Cukup Almaklumlah Touch & Go Kalau Tinggal RM 2.00 Pun Bukan Boleh Kira Pun , Refill Punya Refill Jumlahnya adalah RM 25.10 , Aku Pun Touch Pergi Balik Ke Station Miharja , Alangkah Terkejut aku jumlah tinggal RM 3.40 , Aku Baru Saja Refill , Bisik Hatiku ...Sesudah selesai menghantar anakku check up Aku Pun Pergi Touch Balik Menuju Ke Station Masjid Jamek Skrin Paparan Menunjukkan Baki Aku Tinggal RM 1.70 Lagilah Aku Pelik ...,Aku Pun Terus Berjumpa Dengan Seorang Staff Kaunter Di L.R.T Masjid Jamek , Mengapa Baki Saya Jadi Begitu ? Kata Staff L.R.T Itu , Bukan Abang Yang Seorang Ajer Yang Kena , Kira Abang Orang Yang Ke 100 , Terperanjat Aku Bila Staff Lrt Mengatakan Begitu , Bila Aku Tanya Camana Dengan Kad Touch&Go Saya Susahlah Camni , Baru Isi Dah Habis Rugilah Saya Camni , Takpe Abg Pergi Ajer Kat KL Central Dan Boleh Ambil Refund Dekat Sana . Bodoh Ke Apa , Dia Ingat Aku Ni Kerja Sendiri Ke ,Oi Kak Saya Dalam Tugasan Lagipun Nak Kesana Memerlukan Tambang , Cakap Pakailah Otak lah Kak Oi , Menyusahkan Orang Ramai Kalau Bagi Refill Balik Takpelah Orang Pun Tak Marah , Kepada Sesiapa Yang Menggunakan Touch & Go L.R.T Check Selalu Bakinya , Mesin Touch Kat Lrt Tu Bukan Nyer Betul Sangat , Berwaspadalah !!!

Isnin, 6 Februari 2012

Tergamam Sekejap !




down tol smlm biler riez jth d xclator naseb mumy dier smpt smbt jk x, pasti kpl ankku dh terhentak kt tgga xclator, gara2 stroller yg d bw tb2 x grip, terase bgai gugur jntung aku n tergamam, jd pengajaran slps nie. sbb ambil mudah shj,

Jumaat, 28 Oktober 2011

Adik Saudaraku Meninggal Dunia !

Click Gambar Untuk Baca Artikle ini


Al-Fatihah kepada saudara mohamad asmirul farhan bin ismail yang meninggal kita , kerana kemalangan jalan raya di kilometer 284.1 lebuhraya utara selatan ( plus ) arah selatan , Diharapkan keluarga Mohamad asmirul farhan tabah , dan marilah kita sama-sama berdoa agar rohnya dicuri-curi rahmat amin........

Ahad, 2 Oktober 2011

Berpindah Balik Ke Rumah Taman Miharja !


Baru sehari tinggal di flat sri johor , isteriku dan aku tidak senang tinggal dirumah itu , apa tidaknya keadaan tidur yang ketakutan pintu yang rosak , brandanya pulak tidak bertingkap ..,tak cukup tidur dibuatnya , isteriku berbincang balik dengan aku , bahawa hasratnya untuk membantu aku dalam kehidupan hanya sia-sia , tetapi apa kan daya , kami tak mampu untuk tinggal disitu kerana tidak ada ciri-ciri keselamatan langsung , tangki air kat atas bilik air pun tengok macam nak jatuh ,, jadi kami mengambil keputusan untuk berpindah balik ke rumah flat taman miharja ..., disana lebih terjamin berbanding dengan flat sri johor ., ..

Lepas ni aku dan isteri kena lebih berhati-hati dalam soal memilih rumah ...

Sabtu, 1 Oktober 2011

Berpindah Ke Flat Sri Johor !


Bermula awal pukul 9 : 30 pagi bermula satu episod baru bagi kehidupan aku , berpindah ke flat sri johor , walaupun hati agak berat sedikit nak melangkah keluar , aku teruskan juga ke flat sri johor , sesampai kami disana urusan mengalih barang dibantu oleh keluarga , dan rakanku tanpa diorang siapa lah aku , itulah penting silaturahim diantara keluarga dan aku ,..dan disini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga aku , keluarga mertua dan rakanku ..thank for everything...kerana membantu aku dalam urusan pindah rumah ...,

Jumaat, 30 September 2011

Termenung Seketika !


Hati ku berasa berat bila nak melangkah keluar ke rumah bila terkenangkan memori lama dan kenangan pada rumah flat taman miharja jalan loke yew , banyak yang aku tidak boleh aku lupakan pahit manis semuanya ada kenangan , apa pun aku berterima kasih pada mak aku kerana selama ini banyak membantu aku serta nasihat yang berguna dan boleh diguna pakai , Thank you for everything ...

Rabu, 28 September 2011

Mc Lagi ...


Seawal pukul 07 : 00 pagi , seperti biasa bangun untuk pergi kerja , tetapi tak tahu apa kena dengan kepala aku pening jer pagi tu , tanpa berlengah masa aku bertanya pada isteriku sama ada dia sihat atau tidak , dengan mata yang melek suara yang lemah dia berkata tak sihat , aku pun memaksa diriku bangun untuk mengambil kunci kereta dan terus membawa isteriku ke klinik jalan hang tuah , selepas habis checkup , aku terus pulak ke klinik jalan pudu , untuk check kesihatan aku pula , kata doktor tu aku diserang sakit darah tinggi dan memerlukan rehat yang banyak , tapi apa pun aku berasa sangat bersyukur kerana masih lagi diberikan umur yang panjang ..., amin...

Selasa, 27 September 2011

Isteriku Di Serang Sakit Lagi !


Malam 26.09.2011 isteriku mengerang kesakitan yang teramat sangat , aku cuba menenangkan isteriku supaya tahan seketika sambil tanganku menyambar pada botol minyak panas dan menyapukan pada bahagian tulang belakang , kesakitannya berlarutan sampai ke pagi , aku tidak tahan melihat keadaan isteriku , seawal pagi aku terus membawa isteriku ke klinik cheras untuk diperiksa , selepas diperiksa , kami bergegas pula ke klinik ibu mengandung jalan hang tuah , memberi tahu keadaan isteriku yang sedang sakit supaya membatalkan pemeriksaan dan diberi tarikh yang baru untuk diperiksa .

Hari ni aku mengambil cuti segera , walaupun tidak baik bagi rekod kerja , keluarga adalah yang nombor satu bagi aku , bukannya cuti untuk bersantai ...

Ahad, 25 September 2011

Dua Hari Berkemas Baru Siap !




Fuh , penat juga aik kemas rumah , barulah aku tahu apa ertinya pindah rumah , dua hari barulah siap kedua-dua bilik , sekarang tinggal nak tempah lori jer untuk pindahkan barang , apa pun thank you pada elsa owner tuan rumah ni kerana sudi bagi kami menyewa rumah ni , sekarang sudah tiba untuk kami berpindah ke flat sri johor , lepas ni tak tau lah aku mana nak duduk ...

Sabtu, 24 September 2011

Berkemas Untuk Berpindah !





Bermula dari pukul 12.00 tengahari sampai ke petang , berkemas tak habis-habis , tu belum lagi bilik sebelah , tak tahu lah aku ! bila nak habis berkemas , masa makin suntuk dengan kerja lagi ish ,,ish,, sabar aje ler........esok sambung lagi...

Khamis, 22 September 2011

Isteriku Sakit !



Kasihan pada isteriku yang menahan sakit perut pada malam 21.09.2011 ( Rabu ) , aku ingatkan dah nak bersalin , rupanya sakit lain , aku cuba gosokkan minyak angin pada belakang badan isteriku , ingatkan elok ler , sekali melarat sampai ke pagi , pening kepala aku memikirkan cara untuk mengubatnya .

pada keesokkan harinya seawal pagi 22.09.2011 ( khamis ) aku terus membawa ke klinik Dbkl jalan cheras , untuk check keadaan isteriku , tapi masih juga tak elok , doktor klinik dbkl menyuruh aku menghantar isteri ke hukm untuk rawatan susulan , sesampai kami dihukm , isteriku terus dibawa masuk ke bilik O&G kecemasan untuk diberi rawatan , dekat 3 jam juga lah aku menunggu di luar , selang beberapa jam berlalu , aku dipanggil oleh nurse untuk ambil buku rawatan isteri , tanpa melepas waktu aku bertanyakan tentang keadaan isteriku .

Isteri saya saya sakit apa ?

Oh Isteri encik kena gastrik .

Fuh !!! aku menarik nafas lega , ingatkan serius sangat , takut juga aku , apa-apa pun kena jaga juga ...

Alhamdulillah Semuanya ok ...

Terima kasih pada hospital hukm pada bahagian bilik rawatan O&G ibu-ibu mengandung kerana banyak membantu thank you...


Ahad, 19 Jun 2011

Myvi aku dilanggar ditempat parking




Ish,, ish,, ish tak pasal-pasal kereta myvi ku kemik dibelah kiri , tau-tau adik iparku naik memberitahu perkara ni kat aku , tak tau lah entah mambang mana ntah yang langgar , kita punyalah jaga kereta kita dengan baik , kita tak langgar orang , orang langgar kita , adush duit lagi,,,,Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....Geramnyer.........OMG,,,OMG,,

Selasa, 14 Jun 2011

Melawat Bapa Mertua Di Hospital Hukm !

Syukur alhamdulillah ! kesihatan bapa mertuaku beransur pulih dan masih dirawat dihospital HUKM , terima kasih kepada Muhammad Noordin (AEM) kerana menghantar encik Ahmed Zulkifli ke hospital , tidak lupa juga pada nasha ! kerana sanggup meluangkan masa untuk melihat perkembangan kesihatan abah, ...terima kasih banyak-banyak..........